Jangan Lupa Asal Usul

Langkah - langkah kehidupan

WE ARE WHO WE ARE

"Walking Life Through Photography"


Tuesday, December 9, 2008

Adakah KIta Pernah Menjadi Mat Rempit Satu Ketika Dulu ?



Dah genap dua bulan aku kembali ke Teluk Intan, kampung halaman blogger di Perak yang terkenal dengan jam condong dan juga kenalan blogger Didi alias. Kehidupan blogger di sini memang slow dan relax sahaja, bangun tido pi kerja, jumpa client, jumpa polis jumpa penjenayah dan tido begitu la rutin harian blogger di dunia baru ini .

Kelmarin semasa blogger keluar malam blogger teringat balik kisah zaman blogger muda- muda dulu dengan kawan – kawan dan juga blogger – blogger lain. Kisah yang paling manis dan happening adalah kisah rempit………………..!!!!!!!

Asal usul rightsiders mendapat nama pada dasarnya adalah untuk bersaing dengan geng “X – listed” yang dikepalai oleh Balya budak Johor, member pun dah berjaya menjadi seorang lawyer di Muar. Dan di anggotai oleh ahli – ahli yang lainnya contohnya (nama terpaksa di rahsiakan – takut kalau blogger kena saman malu pulak nanti) MR X. bergayut dengan awek kat public phone blok D alih - alih member menangis – nangis krisis dengan awek. Tak lupa jugak dengan kisah salah seorang member “X-listed” jugak yang pi wheelie depan Sentul dan terjatuh bersepah depan kedai……….Kita lupakan cerita pasal geng lain termsuk geng seluar dalam yang juga berkecimpung dalam dunia permotoran ini. Kisah kita pun banyak tak habis nak bercerita….

Rightsiders juga mempunyai rider – rider maut dalam bab permotoran ini. Nama – nama besar seperti Ah Mus EX5, Fitri RXZ, Bulu Marco Ulu Yam, Mat Nor TK peminat setia, Syamu rider paling maut PCM, Raop a.k.a Naik Truck Black Maria, Ah Chai pengikut setia GP Chow Kit, POP – rider KK, Cikgu Mamak, Cikgu Fendi, Alan PTD, Uzair EX5 atau Lap Uzair, MBY, motor Hanip (Hanip tak rembat tapi sebab motor Hanip ada tanam bearing, so selalu kena rembat dengan blogger dan Mustapid kat highway Sri Gombak. Tak kurang jugak penyokong setia a.ka tulang belakang kalau ada apa – apa kejadian yang tidak diingini menimpa rider- rider semasa beraksi adalah Mustaza yang juga pernah terlibat dalam kemlangan jalanraya, lap mut sagat lutut kat federal highway.

Kalau dibandingkan dengan geng – geng lain blogger menganggap Rightsiders mempunyai keunikannya tersendiri…dalam bidang permotoran atau dengan kata lainnya REMPIT. Pada asalnya dulu lambing rightsiders dijumpai oleh mustafid (rembat sticker kat bilik letrik kemudian letak kat belakang motor)…….. zaman tu blogger masih teringat lagi geng motor yang lain antaranya – geng apache budak kl, RANGGI (sapa yang tak pernah dengar team ni, dari Gombak asal usulnya, Gang Pak Abbas, GEGAR (team blogger di Teluk Intan)…….

Berbalik kepada kisah – kisah rempit kita zaman muda – muda dulu, tempat jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat bermain. Antara litar paling menarik pernah dikunjungi oleh Blogger adalah Litar GP Chow Kit, Highway Sri Gombak, Highway Balakong, dan beberapa lai, tak lupa jugak blogger lain yang pi layan corner kat Ulu Yam sambil tutup lampu motor besit dalam gelap. Bulu, Fit, Mustapid.

Litar GP Chow Kit untuk trek yang panjang campur ada beberapa lap sagat jalan, kalau lp pendek untuk sekilo adalah Trek “TABUNG” di depan tabung haji di Jalan Ipoh, trek ni jugak dikenali sebagai trek Jalan Ipoh. Di antara blogger yang pernah rembat kat sini termasuk la Syamu yang terpedaya dengan blogger apabila blogger mengajak round town (maknanya untuk Mat Rempit adalah pi rempit keliling town – tetapi beliau tersalah sangka mengingatkan round town pi LORONG). Di sinilah member kena kantoi dengan polis sampai naik trak malam tu kerana berdegil nak pi isi minyak kat stesen yang line panas.

Blogger banyak lai nak menulis pasal ni…….tapi nanti blogger akan sambungkan lai kisah ni…. ADAKAH KITA PERNAH MENJADI MAT REMPIT SATU KETIKA DULU ?




Wednesday, November 5, 2008

Adakah Aku Bermimpi ?


Blogger bermimpi agaknya... apabila terlihat gambar percutian di Cherating, blogger terasa macam baru semalam sahaja blogger balik dari bercuti di Cherating bersama - sama blogger - blogger yang lain. Macam - macam benda terjadi sepanjang percutian di Cherating daripada mula berbincang di bilik usrah bersama blogger - blogger tentang bagaimana nak pergi la, apa aktiviti yang nak dibuat la, khemah ada berapa, kereta ada berapa la, sapa nak ikut, dan paling penting sekali dalam banyak - banyak mesuyarat bersama blogger - blogger yang nak pergi alih- alih terlupa tulang belakang, orang kuat konvoi iaitu Shukri Beruk (a.k.a - toceng dalam khemah, bab ni blogger pun musykil macamana shukri Beruk boleh menjadi mangsa dan nama sebenar pelaku toceng dalam khemah tidak dapat dihebohkan berikutan banyak blogger - blogger dah kena sumbat ke dalam!!!!!!)

Kita sambung lai kisah percutian ke cherating ini kira macam seribu satu malam punya kisah. ini belum campur kisah menunggu di pagi hari kereta blogger Mus kancil Sheery pulak buat hal tersangkut di Kuantang!!!.
Rilek dulu , jangan pancut awal - awal, blogger tak tahu kisah nya macam mana tapi nasim siap setting enjin dulu sebelum jalan... berhari - hari preparation nak bagi enjin tip top. silap tak boleh turun enjin sendiri aje kalau tak, memang tak tau la rambut palsu pun melayang......
So blogger nak memendekkan cerita ini adalah di antara cebis - cebis peristiwa yang berlaku sepanjang percutian Cherating:-
1. Shell Mus Presentation pada mulanya telah ditukar nama kepada "Shell Cherating" sebab blogger - blogger masa tu pi isi minyak nak memulakan perjalanan . minyak full jalan terus. (* Shell Mus Presentation dipercayai telah dikantoikan oleh ahli - ahli D 4.8 ketika mengisi minyak dan ada presentation berlaku)
2. Sesampai di Kuaantan kereta mus pulak buat hal. Mus lagi ? ok la bagi chance kat mus la, kita pi ke topik hendak mencari tapak perkhemahan bila dah sampai di Cherating. Mula - mula pasukan ricky line telah dihantar untuk melihat port baik punya untuk di pasangkan khemah sambil mencari ruang - ruang kosong yang ada, blogger diberitahu oleh tukang ricky line - "Wow tak salah kita pi sini, macam ni tak payah balik ke kl pun tak apa"
Kata - kata yang hanya dapat di fahami oleh blogger - blogger yang turut serta sahaja. Akhirnya berjaya jugak mendapatkan port yang baik punya tepi laut sebelah kedai seorang tua yang menjual air, (tapi blogger rasa orang tua ni lucu aje sebenarnya bukan sedap mana pun airnya).
3. Semasa menulis tiba - tiba blogger teringat kisah mus lai - "Ops bukan mus la tak kan mus macam tu pulak". bukan mus la blogger tersilap. kebetulan pada pagi keesaokan harinya kira - kira nak ke tengah hari la seorang daripada blogger telah pergi ke tengah laut dan kerana sakit perut yang amat sangat maka blogger tersebut pun melepaskan la hajat di tengah laut, alih - alih blogger - blogger renang lain yang berada di tepi pantai yang sedang bermain buaya - buaya ternampak kelibat kayu balak terapung ke tepian pantai. maka berlari la dan menjerit - jerit blogger - blogger di tepi pantai setelah melihat kayu yang timbul daripada hasil blogger yang memerut di tengah laut. (Ini adalah soalan maut untuk blogger - blogger lain menjawabnya kepada si pelaku yang membuang kayu balak di tengah laut , nasib baik tak jadi pulau)
4. Masih ingatkah peristiwa - "Aduh !! KALA !!!" nasib baik tak kena bahagian yang berwarna merah, kerana blogger difahamkan blogger yang merah ni sahaja yang mempunyai benda yang berwarna merah. atau adakah blogger itu suci dan manis menyebabkan kala pun tertarik dengan warna blogger tersebut ?
5. Peristiwa LUCU ? Blogger percaya ada diantara peserta convoy ini yang telah menjadikan trip ke cherating ni semacam program yang membukak mata bahawasanya dalam dunia yang luas ni banyak lai jenis dan warna kulit orang yang belum pernah dijumpai dan menyebabkan peserta tersebut setiap tahun pi ke pulau yang dipercayai 10 kali ganda lebih lucu daripada Cherating.
(Ah .............. lupakan ini semua penipuan dan juga syirik sahaja ).
6. Berbalik kepada kisah - kisah di Cherating - Blogger masih bertahan lai mau menulis tapi memandangkan blogger takut nak mengambil masa blogger lain yang membaca di waktu office so blogger kira kalau ada idea nanti blogger sambung la balik.
HIDUP BLOGGER !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 22, 2008

Jangan Lupa Asal Usul


Ambil lah amanat ini dan simpan lah misai selebihnya dan jangan digunakan untuk tujuan yang tidak elok

Thursday, May 15, 2008

Wednesday, May 7, 2008

Azmin's Wedding - Shah Alam


Persiapan Sang Pengantin sebelum upacara akad nikah di Masjid Shah Alam

Senyuman Girang Pengantin


Antara gambar dan detik bersejarah yang di lalui oleh Mad Noor dan Mas di Majlis Persandingan Kampung Melayu Ampang.
Senyum girang pengantin detik yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami untuk tatapan hingga ke anak cucu.
Congrats to Mad Noor and Mas. Selamat Melangkah Ke Alam Baru.
And good journey from SYMPHONY Photography

Mat Noor Album hampir siap


Kami telah berusaha sekeras mungkin untuk menyiapkan album
yang sudah dekat dengan dateline. Alhamdulillah hanya tinggal beberapa usaha - usaha kecil dan boleh disiapkan dan dihantar hujung minggu ini.
Ps - Mat Noor hari Ahad lepas photo shoot kita aturkan perjumpaan

Montage Frame


Contoh montage yang dimasukkan custom frame kami.
One of our montage comes with our custom frame.

Ini lah sebahagian daripada shot pengantin yang telah diubahsuai.

Mad Noor & Mas - Kg Melayu Ampang


Melangkah ke alam yang baru yang lebih panjang dan mendebarkan. Pengantin lelaki dan perempuan berarak ke tempat persandingan

Tuesday, May 6, 2008

Perkahwinan Encik Fuad - Setapak

Congrats to Fuad with the big smile on his face.

Fuad album dah siap untuk diambil bila - bila masa.