Jangan Lupa Asal Usul

Langkah - langkah kehidupan

WE ARE WHO WE ARE

"Walking Life Through Photography"


Tuesday, December 9, 2008

Adakah KIta Pernah Menjadi Mat Rempit Satu Ketika Dulu ?



Dah genap dua bulan aku kembali ke Teluk Intan, kampung halaman blogger di Perak yang terkenal dengan jam condong dan juga kenalan blogger Didi alias. Kehidupan blogger di sini memang slow dan relax sahaja, bangun tido pi kerja, jumpa client, jumpa polis jumpa penjenayah dan tido begitu la rutin harian blogger di dunia baru ini .

Kelmarin semasa blogger keluar malam blogger teringat balik kisah zaman blogger muda- muda dulu dengan kawan – kawan dan juga blogger – blogger lain. Kisah yang paling manis dan happening adalah kisah rempit………………..!!!!!!!

Asal usul rightsiders mendapat nama pada dasarnya adalah untuk bersaing dengan geng “X – listed” yang dikepalai oleh Balya budak Johor, member pun dah berjaya menjadi seorang lawyer di Muar. Dan di anggotai oleh ahli – ahli yang lainnya contohnya (nama terpaksa di rahsiakan – takut kalau blogger kena saman malu pulak nanti) MR X. bergayut dengan awek kat public phone blok D alih - alih member menangis – nangis krisis dengan awek. Tak lupa jugak dengan kisah salah seorang member “X-listed” jugak yang pi wheelie depan Sentul dan terjatuh bersepah depan kedai……….Kita lupakan cerita pasal geng lain termsuk geng seluar dalam yang juga berkecimpung dalam dunia permotoran ini. Kisah kita pun banyak tak habis nak bercerita….

Rightsiders juga mempunyai rider – rider maut dalam bab permotoran ini. Nama – nama besar seperti Ah Mus EX5, Fitri RXZ, Bulu Marco Ulu Yam, Mat Nor TK peminat setia, Syamu rider paling maut PCM, Raop a.k.a Naik Truck Black Maria, Ah Chai pengikut setia GP Chow Kit, POP – rider KK, Cikgu Mamak, Cikgu Fendi, Alan PTD, Uzair EX5 atau Lap Uzair, MBY, motor Hanip (Hanip tak rembat tapi sebab motor Hanip ada tanam bearing, so selalu kena rembat dengan blogger dan Mustapid kat highway Sri Gombak. Tak kurang jugak penyokong setia a.ka tulang belakang kalau ada apa – apa kejadian yang tidak diingini menimpa rider- rider semasa beraksi adalah Mustaza yang juga pernah terlibat dalam kemlangan jalanraya, lap mut sagat lutut kat federal highway.

Kalau dibandingkan dengan geng – geng lain blogger menganggap Rightsiders mempunyai keunikannya tersendiri…dalam bidang permotoran atau dengan kata lainnya REMPIT. Pada asalnya dulu lambing rightsiders dijumpai oleh mustafid (rembat sticker kat bilik letrik kemudian letak kat belakang motor)…….. zaman tu blogger masih teringat lagi geng motor yang lain antaranya – geng apache budak kl, RANGGI (sapa yang tak pernah dengar team ni, dari Gombak asal usulnya, Gang Pak Abbas, GEGAR (team blogger di Teluk Intan)…….

Berbalik kepada kisah – kisah rempit kita zaman muda – muda dulu, tempat jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat bermain. Antara litar paling menarik pernah dikunjungi oleh Blogger adalah Litar GP Chow Kit, Highway Sri Gombak, Highway Balakong, dan beberapa lai, tak lupa jugak blogger lain yang pi layan corner kat Ulu Yam sambil tutup lampu motor besit dalam gelap. Bulu, Fit, Mustapid.

Litar GP Chow Kit untuk trek yang panjang campur ada beberapa lap sagat jalan, kalau lp pendek untuk sekilo adalah Trek “TABUNG” di depan tabung haji di Jalan Ipoh, trek ni jugak dikenali sebagai trek Jalan Ipoh. Di antara blogger yang pernah rembat kat sini termasuk la Syamu yang terpedaya dengan blogger apabila blogger mengajak round town (maknanya untuk Mat Rempit adalah pi rempit keliling town – tetapi beliau tersalah sangka mengingatkan round town pi LORONG). Di sinilah member kena kantoi dengan polis sampai naik trak malam tu kerana berdegil nak pi isi minyak kat stesen yang line panas.

Blogger banyak lai nak menulis pasal ni…….tapi nanti blogger akan sambungkan lai kisah ni…. ADAKAH KITA PERNAH MENJADI MAT REMPIT SATU KETIKA DULU ?